PENTING! Pengesahan Kehadiran | Bahasa Melayu | English
PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK
  1. Pengambilan Pakaian Akademik
    • Graduan hendaklah terlebih dahulu membayar yuran graduan dan alumni.
    • Sekiranya graduan tidak dapat mengambil sendiri Pakaian Akademik, graduan boleh mewakilkan kepada pihak lain untuk mengambil Pakaian Akademik berkenaan dengan mengisi Borang Wakil Mengambil Pakaian Akademik.
    • Mengemukakan Slip pengesahan kajian pengesanan graduan yang dicetak selepas mengisi borang Pengesanan Graduan di http://graduat.mohe.gov.my/skpg1/.

  2. Pemulangan Pakaian Akademik
    • Pakaian Akademik hendaklah dikembalikan semula selewat-lewatnya pada 28 Oktober 2013
    • Pihak Universiti akan mengenakan bayaran (denda) terhadap mereka yang lewat menyerahkan Pakaian Akademik.
    • Denda akan dikenakan sebanyak RM10.00 hari pertama dan ditambah RM5.00 setiap hari berikutnya (tertakluk pada hari bekerja sahaja). Bayaran denda lewat hendaklah dibuat melalui kaunter Pejabat Bendahari UMT dan resit bayaran hendaklah dikemukakan semasa mengambil skrol di Jabatan Pengurusan Akademik.

  3. (Sila rujuk JADUAL PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMI

  4. Bayaran Gantirugi Kehilangan/Kerosakan Pakaian Akademik

     
    Jubah
    (RM)
    Mortar Board
    (RM)
    Beef Eater
    (RM)
    Hood
    (RM)
    Diploma
    400.00
    65.00
    -
    -
    Ijazah Sarjana Muda
    465.00
    65.00
    -
    -
    Ijazah Lanjutan
    490.00
    65.00
    90.00
    55.00